Mencintai … Yang dicintai Ilahi …
Header image

Nuzul Al Quran..

Posted by ustrahim in Cahaya Ilmu

Nuzul Al Quran bermaksud penurunan Al Quran.Ianya diturunkan oleh Allah Taala melalui perantaraan Malaikat Jibril yang menyampaikannya kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Mula di turunkan pada 17 Ramadhan ketika mana Rasulullah sedang bermunajat di Gua Hira’.Jibril turun membawa wahyu yang pertama iaitu ayat ” iqra’ “.Dikatakan ketika itu umur Baginda adalah 40 tahun.

Bermula pada saat itulah wahyu Al Quran terus menerus turun secara berterusan/berperingkat-peringkat selama 23 tahun.13 tahun di kota Makkah dan baki 10 tahun di kota Madinah.Itulah mukjizat Rasulullah yang terbesar sekali di dalam hidup Baginda.

Al Hamdulillah,alangkah bertuahnya kita pada hari ini kerana kita dipilih Allah menjadi umat yang terbaik dikalangan Nabi yang terhebat.Penghulu segala Nabi dan Rasul.Nabi yang amat dikasihi oleh Allah.Inilah nikmat Ilahi yang begitu tinggi nilainya kepada para hambanya.

Sebagai calon umat yang terbaik,sewajarnya kita memanfaatkan segala ruang dan peluang yang ada untuk menjinakkan diri kita dengan Al Quran.Jadikanlah ia sebagai teman baik atau sahabat karib kita sepanjang kehidupan di dunia ini.Jangan hanya mengambil atau menggunakan Al Quran pada masa-masa yang tertentu sahaja.Ketika ada kematian atau kesakitan…barulah kelam kabut mencari Al Quran.Itupun mujur berjumpa…kalau tidak…tak ke naya namanya.

Di antara mukjizat Al Quran yang mesti difahami oleh kita ialah :

1. Membaca atau mendengar bacaannya tidak pernah kita merasa jemu.

2. Sekiranya seseorang membacanya , pasti akan kedengaran suara bacaannya itu.

3. Sekiranya kalau kita tersilap membacanya,pasti akan diulang kembali dan akan membetulkan bacaannya semula.

Itulah di antara kehebatan Al Quran yang telah diturunkan oleh Allah Taala kepada kita.Ayuh sahabat sekelian,marilah kita memanfaatkan segala ruang masa yang ada untuk menambahkan lagi amalan kita terutamanya dari sudut pembacaan Al Quran itu sendiri.Alangkah ruginya mereka yang langsung tidak mempedulikan Al Quran di dalam kehidupan mereka.

Juga yang paling penting ialah kita memartabatkan segala hukum hakam yang terkandung di dalam Al Quran.Angkatlah martabat Al Quran kerana ianya adalah Kalam Suci Ilahi kepada para hambanya.Moga Allah Taala akan terus melimpahkan rahmat dan keampunannya kepada kita semua..

AMIIINNNN !!!!!!!!!!!!

Share

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge